Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bournemouth benam Swansea

    BOURNEMOUTH, 26 JAN – Bournemouth menjadi pasukan pertama yang mara ke pusingan 16 terakhir Piala FA dengan menundukkan pasukan divisyen dua, Swansea 5-0 kelmarin, dengan semua gol datang pada separuh masa pertama dan dijaringkan oleh pemain yang berbeza.

    Bangkit dengan cemerlang selepas tewas 4-0 kepada Liverpool dalam Liga Perdana Ahad lalu, Bournemouth mendahului 3-0 selepas hanya 14 minit perlawanan pusingan keempat hasil jaringan Lloyd Kelly, Alex Scott dan Luis Sinisterra.

    David Brooks mencipta dua gol pertama di Stadium Vitality dan menjaringkan gol ke-35 selepas menerima hantaran Dominic Solanke, yang menjaringkan gol kelima pada minit ke-44.

    Pusingan keempat berlangsung selama lima hari, dengan acara kemuncak ialah Tottenham menerima kunjungan juara bertahan Manchester City hari ini.

    Bournemouth hanya pernah mara melepasi pusingan kelima dua kali dalam sejarahnya, yang terbaharu pada 2021. – AP

    Reaksi Luis Sinisterra selepas menjaringkan gol ketiga semasa perlawanan bola sepak Pusingan Keempat Piala FA Inggeris di Stadium Vitality, Bournemouth, England pada 25 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...