Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bournemouth sambar Lerma

    LONDON, 8 Ogos – Bournemouth telah menandatangani pemain antarabangsa Colombia, Jefferson Lerma dari Levante, menurut pengumuman kelab Liga Perdana itu kelmarin.

    Pemain berusia 23 tahun telah menandatangani perjanjian lima tahun berdasarkan kebenaran antarabangsa, dan dilaporkan berjumlah AS$32.3 juta.

    “Ia tidak dinafikan bahawa Jefferson merupakan pemain yang sudah lama kami ikuti sepanjang musim panas ini,” menurut pengurus Bournemouth, Eddie Howe. “Jefferson merupakan pemain yang berkebolehan dan akan membawa sesuatu yang berbeza di bahagian tengah. “Beliau memiliki kualiti yang sesuai dengan Liga Perdana dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau.”

    Lerma yang telah beraksi dalam kesemua perlawanan di Piala Dunia bersama Colombia termasuk perlawanan 16 terakhir, mengumpul tiga gol dalam 93 penampilan dalam semua kejohanan sepanjang tiga musim di Levante.

    “Saya gemar cara bola sepak di Liga Perdana dan begitu teruja dengan peluang yang diperolehi ini,” kata Lerma. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda