Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Boustead Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan jenama Nissan dan Suzuki kini mengadakan jerayawara sempena Ekspo Kereta BIBD At-Tamwil Sdn Bhd yang berlangsung di The Mall Gadong, bermula hari ini.
Jerayawara tersebut membolehkan para pengunjung atau yang berminat membeli kereta jenama Nissan atau Suzuki pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan kelulusan pembelian secara langsung daripada BIBD At-Tamwil.
Para pengunjung berpeluang menyaksikan model-model terkini Nissan dari Nissan X-Trail dan Nissan Almera, dua buah model yang mempunyai prestasi terbaik dalam jenama itu dan model-model terbaharu Suzuki Swift dan Suzuki Ignis.
Nissan X-Trail ketika ini menjalankan promosi dua bulan bayaran ansuran percuma atau pembaharuan insurans selama setahun secara percuma, manakala, itu Nissan Almera juga memberikan dua bulan bayaran ansuran percuma dengan tambahan pemain Android dan lampu LED.


Tambahan lagi, BIBD At-Tamwil akan menawarkan promosi yang membolehkan pembeli kereta mula membayar kereta mereka selepas dua bulan daripada tarikh pembelian. Orang ramai dijemput untuk mengunjungi jerayawara Nissan dan prospek yang dicatat akan layak menerima baucar Burger King yang hanya diberikan semasa jerayawara dijalankan.
Sepanjang acara yang dibuka dari pagi hingga malam itu juga, pengunjung yang mengunjungi jerayawara Suzuki akan menerima hadiah paket hijau Hari Raya edisi terhad Suzuki.
Dalam pada itu, sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Boustead turut menawarkan promosi bertema ‘Gaya Aidilfitri bersama Suzuki’.
Sepanjang promosi berkenaan, pelanggan yang membeli kereta jenama Suzuki akan menerima dua karton minuman dan layak untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah berupa tiket penerbangan bagi menyaksikan Piala Suzuki AFF 2018 nanti.