Monday, April 21, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Boustead Fun Fest meriah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Boustead Fun Fest Weekend anjuran Boustead Sdn Bhd dengan kerjasama SEA Drone Championship yang berlangsung di Taman Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, kelmarin, telah mendapat sambutan yang sanggat menggalakkan daripada orang ramai.

    Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Snake & Ladder, Nissan Thrill disusuli acara kemuncak, Urban Race yang mana orang ramai berpeluang memenangi baucar bernilai $1,000.

    Manakala itu, kanak-kanak berseronok dengan bermain bouncer dan makan aiskrim percuma untuk mereka yang menyertai aktiviti.

    Sementara itu, para pelanggan turut berpeluang menguji pandu model terpilih Nissan dan Suzuki antaranya Nissan Terra bagi mencuba kelasakannya.

    Mekanisme uji pandu kereta model lain pula lebih menumpukan keseronokan memandu dan menarik untuk dicuba orang ramai bagi mendapatkan pengalaman dan pemahaman mengenai kereta yang diuji pandu.

    Boustead Sdn Bhd juga menawarkan promosi menarik apabila pelanggan membuat pembelian Nissan dan Suzuki pada acara itu.

    Antara tawaran tersebut ialah 2020 Paradise Gateway Nissan, Great Halo Treasure bagi Suzuki dan harga menarik bagi Kenstyle pada Disember ini.

    Uji pandu kelasakan Nissan Terra semasa acara berkenaan.
    Antara permainan yang diadakan semasa Boustead Fun Fest Weekend .
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda