Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Pengamal media tempatan telah dihiburkan dengan pelbagai permainan dan aktiviti menyeronokkan pada Majlis Malam Penghargaan Media yang dianjurkan oleh Boustead Sdn Bhd, di Hotel Brunei, di ibu negara, baru-baru ini.
Pengurus Eksekutif Boustead Sdn Bhd, Lim Jin Lee dalam ucapannya pada majlis tersebut antara lain menekankan mengenai peranan penting media kepada organisasi perniagaan.
“Tahun 2020 telah berlalu dan ia merupakan tahun yang luar biasa bagi semua orang di sini kerana krisis COVID-19. Dalam masa yang sukar ini, kami memahami bahawa kita semua menghadapi masa yang sukar dengan situasi berlainan secara langsung atau tidak langsung dengan banyak ketidakpastian dan cabaran baharu di sekitar kita,” katanya.
Lim Jin Lee turut menekankan bahawa usaha dan sumbangan daripada setiap media membantu mereka berkembang dalam memacu misi mereka untuk menjadi salah satu pilihan automotif utama di Brunei, hari ini.
“Pada tahun 2021, kami berharap dapat terus menjadi yang menarik dan melihat impian yang lebih tinggi lagi.
“Adalah mustahil untuk membina kesan hebat tanpa sokongan kuat daripada anda semua di sini,” tambahnya.
Pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah dijalankan bagi memeriahkan acara tersebut selain hadiah-hadiah menarik untuk pemenang-pemenang cabutan bertuah.
Acara diakhiri dengan pengenalan ahli pasukan Boustead Sdn Bhd oleh Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Boustead Sdn Bhd, Dayang Julia Farhanah binti Haji Mohd Yusof serta sesi bergambar ramai kakitangan Boustead bersama para pengamal media.

