LONDON, 1 JAN – Kapten West Ham, Jarrod Bowen, bakal diketepikan selama beberapa minggu selepas mengalami kecederaan patah kaki semasa kekalahan pasukan itu kepada Liverpool hujung minggu lalu.
Penyerang England, Bowen, terincut-incut akibat kecederaan pada separuh masa kedua semasa kekalahan pada perlawanan berkenaan.
“Kecederaan pada kaki kirinya, yang dialami pada separuh masa pertama di Stadium London, akan mengenepikan kapten Hammers itu menuju ke Tahun Baharu,” kata satu kenyataan West Ham kelmarin.
Bowen menjadi salah seorang pemain West Ham yang lebih dipercayai semasa musim pertama mereka yang sukar di bawah pengurus Julen Lopetegui.
Pemain berusia 28 tahun itu, yang menjaringkan enam gol dalam semua pertandingan musim ini, mendedahkan dia mengalami patah tulang kaki pada separuh masa pertama, tetapi cuba bermain selepas rehat.
“Seperti biasa saya cuba untuk terus berjuang dan bermain.
“Kecederaan berlaku dalam bola sepak, tetapi saya sudah tidak sabar untuk kembali bermain secepat mungkin. Jumpa awda semua tidak lama lagi,” tulis Bowen di Instagram.
Sementara itu, Michail Antonio dibenarkan keluar dari hospital ketika dia meneruskan pemulihan daripada kemalangan kereta yang mengerikan pada awal Disember. – AFP