LONDON, 9 OKT – Jarrod Bowen telah menandatangani kontrak tujuh tahun baharu dengan West Ham, kelab Liga Perdana itu mengumumkan kelmarin.
Pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan 45 gol dalam 166 penampilan untuk The Hammers, termasuk gol kemenangan dalam final Liga Persidangan Eropah musim lalu untuk meraih trofi pertama kelab itu sejak 1980.
Bowen, yang dipanggil semula ke skuad England minggu lalu, telah menjaringkan lima gol dalam sembilan penampilan musim ini.
“Semua orang tahu apa makna kelab ini kepada saya, jadi komitmen masa depan saya sehingga 2030 amat bermakna buat saya dan keluarga saya,” kata Bowen.
“Memenangi Liga Persidangan Europa di Prague adalah saat yang menakjubkan, menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir akan menjadi sesuatu yang akan saya kenang selama-lamanya.”
Bos West Ham, David Moyes menganggap perjanjian itu sebagai ‘berita hebat’ untuk kelab.
“Jaringannya di Prague akan kekal dalam ingatan semua orang yang berkaitan dengan West Ham,” kata Moyes.
“Ia memberinya platform untuk menjadi lebih kuat dan kami benar-benar meraih manfaatnya, dia semakin baik.”
Bowen, yang menyertai West Ham dari Hull dengan bayaran £18 juta pada 2020, sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool sebagai bakal pengganti Mohamed Salah. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/10/P22-3A-AP_10102023.jpg)