BP akan alami kerugian AS$17.5 bilion akibat virus

LONDON, 15 JUN – Syarikat tenaga Britain, BP berkata hari ini yang ia akan mengalami kerugian sekitar AS$17.5 bilion dalam suku kedua ketika kesan sampingan akibat koronavirus telah menjejaskan permintaan minyak global.

Syarikat itu, yang baru saja menggariskan rancangan untuk mengurangkan hampir 10,000 pekerjaan disebabkan kesan COVID-19, berkata dalam satu kenyataan bahawa ia akan mengalami impak negatif antara AS$13 bilion dan AS$17.5 bilion (11.4 bilion euro dan 15.3 bilion euro) dalam kerugian bukan tunai dan hapus kira.

BP juga mengurangkan ramalan harga minyak jangka panjang selepas wabak virus maut juga menghentikan ekonomi global dan menjejaskan harga minyak tahun ini.

“Dengan pandemik COVID-19 masih lagi berterusan sehingga suku kedua 2020, BP sekarang menyaksikan prospek pandemik tetap memberi impak kekal ke atas ekonomi global, dengan potensi bagi permintaan kurang tenaga untuk tempoh yang berpanjangan,” menurut BP, sambil menambah virus itu telah mempercepatkan peralihan kepada tenaga karbon yang rendah.

Menurut kumpulan itu lagi, “BP telah mengulang kaji anggaran harga jangka panjang, merendahkannya dan melanjutkan tempoh perlindungan hingga 2050.

“Sebagai sebahagian daripada perancangan strategik jangka panjang dan dalam konteks tumpuan berterusannya ke atas disiplin modal, BP juga mengkaji semula tujuannya untuk membangunkan beberapa aset penerokaan tidak ketara.”

Menurutnya lagi, tindakan-tindakan itu akan membawa kepada bayaran kerugian bukan tunai dan hapus kira dalam suku kedua, dianggarkan dalam jarak agregat sekitar AS$13 hingga AS$17.5 bilion selepas cukai. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 7 Februari 2018 menunjukkan logo BP dilihat di stesen minyak BP di Liverpool pada 7 Februari 2018. – AFP