Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BP Guild agihkan 200 bubur di Daerah Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 20 APRIL – Sempena meraih keberkatan pada penghujung Ramadan, yang mulia, rombongan Persatuan Baden Powell (BP Guild) telah berkunjung ke masjid-masjid di seluruh Daerah Belait untuk menyerahkan 200 pek bubur buatan sendiri pada 17 April lalu.

    Mengetuai rombongan tersebut ialah Ketua Kebajikan dan Masyarakat BP Guild, Skip Awang Beelie bin Tengah, dan diiringi oleh Timbalan Pengerusi BP Guild, Skip Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Gani.

    Aktiviti pengagihan bubur tersebut dimulakan di Masjid Zainab, Lumut; kumpulan itu sempat menyerahkan 100 pek bubur kepada jawatankuasa takmir masjid sebelum menuju ke lokasi penyerahan bubur seterusnya di Masjid Kampung Sungai Liang.

    Aktiviti berkebajikan tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada inisiatif kumpulan untuk membantu menyemarakkan lagi bulan Ramadan, di samping dapat membantu para jemaah masjid berkenaan ketika berbuka puasa.

    Ahli BP Guild menyerahkan bubur kepada pihak masjid di Daerah Belait.
    Warga Persatuan BP menyerahkan bubur kepada pihak masjid di Daerah Belait. – Gambar serahan BP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda