Oleh Daniel Lim
BELAIT, 31 MEI – Ahli-ahli Baden Powell (BP Guild) bersama Pusat Bahagia Eric Goh, Kuala Belait, kelmarin, meraikan sembilan hari jadi bagi pelajar pusat berkenaan sebagai sebahagian daripada sambutan yang diadakan di premis pusat tersebut.
Mengetuai kumpulan dari BP Guild ialah Ketua Kebajikan dan Masyarakat di BP Guild, Beelie bin Tengah dan diiringi oleh Timbalan Pengerusi, Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Gani serta ahli-ahli pengakap persatuan itu.
Guru-guru dan pelajar berkeperluan khas mengalu-alukan kedatangan mereka, dengan wakil dari Pusat Bahagia Eric Goh, Dayang Winnieyanti binti Haji Sumy merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan yang telah diterima oleh pusat tersebut.
“Ini akan membantu memeriahkan lagi kehidupan seharian para pelajar di sini,” tambahnya.
Sementara itu, Beelie memberitahu bahawa kumpulan itu sebelum ini juga telah melawat pusat itu untuk menjalankan kempen membantu mendapatkan premis-premis sekitar seperti kempen pembersihan yang diadakan akhir tahun lalu, dan terus menegaskan komitmen mereka bagi memberi kembali kepada masyarakat.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan itu termasuk penyampaian cenderahati serta memotong kek untuk sembilan pe-nerima yang menyambut hari lahir mereka.
Selain itu, semua pelajar turut menerima beg kudap-kudapan serta menikmati pelbagai juadah yang dihidangkan bersama ahli-ahli dari Pusat Bahagia Eric Goh dan BP Guild.