BP jual cawangan petrokimia AS$5 bilion kepada Ineos

LONDON, 29 JUN – Kumpulan tenaga Britain BP yang dijejaskan oleh pandemik koronavirus akibat kurangnya permintaan minyak, mengumumkan hari ini penjualan perniagaan petrokimianya kepada pesaingnya Ineos bernilai AS$5 bilion (4.4 bilion euro).

“Penjualan itu…akan memperkukuhkan kunci kira-kira BP dan mencapai sasarannya bagi pemberhentian pelaburan yang dipersetujui setahun awal dari dijadualkan,” menurut kenyataan itu.

Ketua Eksekutif BP, Bernard Looney menambah, “Saya menyedari keputusan ini mengejutkan dan kami akan melakukan yang terbaik untuk meminimumkan ketidakpastian. Saya bagaimanapun yakin perniagaan itu akan berkembang maju sebagai sebahagian Ineos, pemimpin global dalam petrokimia.”

BP berkata 1,700 kakitangan yang bekerja dalam perniagaan petrokimianya di seluruh dunia dijangka akan dipindahkan ke Ineos sebaik selesai penjualan yang memenuhi sasaran pemberhentian pelaburan AS$15 bilion satu tahun awal.

“Persetujuan hari ini merupakan langkah mendadak bagi mewujudkan BP boleh bersaing dan berjaya melalui peralihan tenaga,” tambah Looney. – AFP

Gambar fail yang diambil pada 27 September 2016 menunjukkan logo Ineos di kapal JS Ineon Insight ketika berlabuh di Grangemouth, Scotland. – AFP