Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    BP lapor kerugian AS$20.4 bilion

    LONDON, 3 MEI – Syarikat gergasi tenaga British BP berkata hari ini keputusannya untuk menarik diri daripada Rusia akibat peperangan di Ukraine telah mendorongnya mencatat keadaan debit dalam tiga bulan pertama tahun ini.

    BP berkata dalam satu kenyataan ia mencatat kerugian bersih berjumlah AS$20.4 bilion dalam tempoh Januari hingga Mac berbanding dengan keuntungan AS$4.7 bilion setahun sebelumnya.

    Kerugian besar itu disebabkan keputusan kumpulan pada Febrari untuk mengeluarkan 19.75 peratus saham dalam kumpulan tenaga Rosneft, justeru menamatkan pelaburan lebih tiga dekad di Rusia, kata BP.

    Pendapatan suku pertama meningkat 40 peratus kepada AS$51 bilion.

    Meskipun kerugian besar suku pertama, harga saham BP melonjak 1.9 peratus kepada 399 pence dalam perniagaan awal di indeks FTSE 100 London, yang mencatat kemerosotan secara keseluruhannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda