Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BP semarakkan Pentas Perayaan Belait

    Oleh Daniel Lim –
     
    BELAIT, 8 OGOS – Ahli dan keluarga pengakap daripada Persatuan Baden Powell (BP) di Daerah Belait telah menganjurkan pelbagai persembahan tarian dan nyanyian yang menyeronokkan di Pentas Perayaan yang terletak di Tudong Saji, Kuala Belait, kelmarin.
     
    Persembahan itu diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-79.
     
    Turut hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Penghulu Mukim Seria, Awang Muhammad Syaiful Faizal bin Angas.
     
    Menurut Ketua Penyelaras BP, Awang Beelie bin Tengah, acara itu diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana malam pada majlis yang bersejarah ini.
     
    “Selain itu, persembahan ini juga memberi peluang untuk mempamerkan bakat muzik yang terdapat dalam kalangan ahli kami, baik muda mahupun tua, sambil kami menyanyi dan menari dengan penuh semangat,” ujar beliau.
     
    Acara kemuncak majlis diteruskan lagi dengan sesi penyampaian penghargaan disampaikan oleh Awang Muhammad Syaiful Faizal kepada Awang Beelie sebagai tanda terima kasih atas sokongannya terhadap acara tersebut.
     
    Antara persembahan yang diadakan semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda