Pihak berkuasa Sepanyol berjaya menumpaskan sindiket penipuan atau scammer yang menyamar sebagai pelakon Brad Pitt untuk memperdayakan orang ramai. Lebih teruk, organisasi berkenaan didakwa berjaya meraih wang berjumlah AS$350,000 daripada beberapa orang mangsa. Tampil mengulas isu mengaitkan dirinya, Brad menerusi wakilnya memberi amaran keras kepada peminat untuk tidak terpedaya dengan sebarang sindiket penipuan atas talian.

