Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brad Pitt menang hak penjagaan anak

    Keputusan hakim telah berpihak kepada Brad Pitt, yang memerintahnya diberikan hak penjagaan bersama anak-anak dengan Angelina Jolie.

    Brad Pitt dan Angelina Jolie telah menemui jalan buntu dalam pergelutan undang-undang di atas hak penjagaan enam anak mereka selama hampir lima tahun. Hakim John Ouderkirk, seorang hakim persendirian yang diupah untuk mengawasi kes itu, baru-baru ini mengeluarkan keputusan terperinci, dan mendapati testimoni Angelina Jolie ‘tidak mempunyai kredibiliti.’

    Menurut Fox News, apa yang dimahukan oleh Brad Pitt adalah melihat dan menghabiskan masa bersama anak-anaknya.

    “Brad sentiasa mencari peluang untuk mempunyai lebih banyak masa dengan anak-anaknya dan mengutamakan kesejahteraan mereka manakala pihak lain melakukan segala-galanya untuk cuba dan menghentikannya,” kongsi Fox News.

    Angelina Jolie menyatakan bahawa hakim “telah gagal mempertimbangkan secukupnya” seksyen kod mahkamah California, yang menyatakan bahawa ia memudaratkan kepentingan anak-anak sekiranya hak penjagaan diberikan kepada seseorang yang mempunyai sejarah keganasan rumah tangga.

    Pengajuannya tidak memberikan perincian mengenai apa yang dimaksudkan, tetapi peguamnya menyerahkan dokumen yang dimeterai pada bulan Mac yang kononnya menawarkan maklumat tambahan.

    Angelina Jolie telah menuntut perceraian pada tahun 2016, beberapa hari selepas berlaku perselisihan dalam penerbangan peribadi yang membawa aktor dan anak-anak mereka dari Perancis ke Los Angeles. Brad Pitt dituduh bersikap kasar terhadap anaknya yang berusia 15 tahun ketika dalam penerbangan, tetapi siasasatan oleh pegawai kebajikan kanak-kanak dan FBI telah ditutup tanpa tuduhan diajukan terhadap aktor itu. Peguam Angelina Jolie turut mengatakan dia meminta penceraian ‘untuk kesihatan keluarga.’

    Memberikan respons atas apa yang difailkan oleh Angeline Jolie, peguam Brad Pitt menyatakan Ouderkirk telah melakukan prosiding enam bulan terakhir secara menyeluruh, adil dan mencapai tentatif.

    “Ouderkirk telah melakukan proses yang menyeluruh selama enam bulan terakhir secara adil dan mencapai tentatif dan perintah selepas mendengar dari pakar dan saksi yang berpotensi,” jelas peguam Brad Pitt.

    Tiga daripada anak Angelina Jolie dan Brad Pitt adalah remaja, Pax 17 tahun, Zahara 16 tahun, dan Shiloh 14 tahun. – Agensi

    Keputusan hakim telah berpihak kepada Brad Pitt, yang memerintahnya hak penjagaan bersama anak-anak yang dikongsi bersama Angelina Jolie. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda