Baharu dua minggu kehilangan ibu tersayang, pelakon Hollywood terkenal Brad Pitt kembali menjalani rutin kerjayanya seperti biasa.
Memetik laporan mStar, Brad atau William Bradley Pitt, 61, dilihat berada di lokasi penggambaran sekuel Once Upon a Time…in Hollywood di Los Angeles pada Selasa lalu.
Menurut sumber, meskipun masih dalam keadaan berkabung namun Pitt tetap menunjukkan sikap profesional dalam melakukan tugasan diberikan sewaktu di set penggambaran.
Ibu Pitt, Jane Pitt meninggal dunia pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun. Mendiang meninggalkan tiga anak iaitu Brad, Doug dan Julie serta 14 cucu yang amat menyayanginya.
Sebelum ini, ketika menghadiri tayangan khas filem F1 pada Jun lalu, Pitt sempat menitipkan ucapan istimewa buat ibunya.
“Saya harus menyapa ibu kerana dia selalu menonton rancangan ini setiap pagi. Untuk Jane Pitt, love you Mom,” katanya dalam video yang ditayangkan menerusi program Today. – Agensi


