Saturday, June 29, 2024
23.4 C
Brunei

    -

    Brad Pitt terluka 3 anak gugur nama keluarganya

    Pelakon Brad Pitt percaya bekas isterinya iaitu Angelina Jolie dalang di sebalik keputusan tiga anak mereka yang memfailkan permohonan menggugurkan nama keluarganya daripada nama mereka.

    Brad, 61, percaya tindakan itu adalah sebagai cara menghukumnya selain Angelina cuba memutuskan ikatannya dengan anak-anak mereka.

    Menurut mStar, sumber terdekat pelakon itu turut memberitahu dia juga sangat terluka dengan keputusan yang dibuat anak-anaknya iaitu Zahara Marley Jolie-Pitt, Shiloh Nouvel Jolie-Pitt dan Vivienne Marcheline Jolie-Pitt.

    “Brad sangat terluka dan sedih sebab tiga anak kesayangannya mahu membuang nama keluarganya daripada nama mereka.

    “Dia juga mengesyaki Angelina terlibat dalam perkara ini,” kata sumber berkenaan.

    Brad terluka dengan tindakan tiga anaknya yang tidak mahu lagi menggunakan nama keluarganya. – Variety

    Dalam pada itu, sumber sama memberitahu Brad sangat merindui anak-anaknya selepas hampir beberapa tahun mereka tidak bertemu.

    Katanya, walaupun terdapat pelbagai isu dan tuduhan yang berlaku namun dia tidak pernah berhenti menyayangi anak-anaknya.

    “Dia menyayangi kesemua anak-anaknya dan merindui mereka. Ia sangat menyedihkan melihat Brad dalam keadaan terluka,” ujarnya lagi.

    Sebelum ini, Zahara, 19, memperkenalkan dirinya sebagai Zahara Marley Jolie ketika menghadiri acara di sebuah kolej.

    Manakala Vivienne, 15, pula menggunakan nama Vivienne Marcheline Jolie dalam senarai kru pementasan teater The Outsider Broadway yang turut memperlihatkan Angelina sebagai penerbit.

    Sementara Shiloh, 18, secara rasmi mengemukakan permohonan menukar nama di mahkamah bagi menggugurkan ‘Pitt’ daripada namanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...