Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bradley terajui kedudukan di kejohanan BMW

    WASHINGTON, 19 OGOS – Keegan Bradley membuat enam pukulan birdie daripada sembilan lubang untuk mencatat tujuh bawah par 64 sekali gus mendahului kedudukan dalam pusingan pertama Kejohanan BMW, kelmarin.

    Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 36 tahun itu menyamakan kedudukan mata sembilan lubang di Jelajah PGA AS dengan 29 daripada Byron Nelson dan menamatkan 18 lubang di Wilmington (Delaware) Country Club satu pukulan di hadapan pemain Australia, Adam Scott.

    “Permulaan yang baik. Saya bangga dengan cara saya bermain,” kata Bradley.

    “Jika kita dapat memukul bola di fairway, akan ada banyak peluang. Saya banyak melakukannya hari ini.”

    Pemain dari Ireland, Shane Lowry berkongsi kedudukan ketiga dengan pemenang Kejuaraan PGA, Justin Thomas dengan tiga pada 66 dan pemain AS, Harold Varner berada di 67 bersama pemenang kejohanan utama dua kali, Collin Morikawa dan pemenang Olimpik Tokyo, Xander Schauffele.

    Kejohanan tersebut adalah yang kedua daripada tiga kejohanan playoff Piala FedEx dengan 30 pemain teratas mengikut mata yang diraih pada musim ini selepas mara ke Kejohanan Jelajah di Atlanta.

    Bradley dan Scott masing-masing berada dalam kedudukan untuk melonjak ke 30 teratas daripada kedudukan ke-44 dan ke-45 ketika ini.

    Bradley, pemenang Kejohanan PGA 2011 memburu kemenangan PGA pertama sejak Kejohanan BMW 2018, membuat pukulan birdie 13 kaki di lubang pertama. – AFP

    Aksi Keegan Bradley membuat pukulan semasa pusingan pertama Kejohanan BMW di Wilmington Country Club, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda