Sunday, October 27, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil alami gelombang haba musim sejuk

    SAO PAULO, 24 OGOS – Brazil sedang mengalami gelombang panas di tengah-tengah musim sejuk di hemisfera selatan, dengan bandar raya Sao Paulo hampir memecahkan rekod untuk Ogos dan untuk tahun 2023.

    Bandar raya terbesar di Amerika Latin, dengan 11.5 juta penduduk, telah merekodkan suhu hampir 10 darjah melebihi purata bagi bulan berkenaan, iaitu 24.5 darjah Celsius, menurut Institut Meteorologi Kebangsaan (Inmet).

    Suhu tertinggi direkodkan kelmarin pada 32.3 Celsius, dengan bacaan itu hampir menyamai suhu 32.5 Celsius yang dilaporkan ketika musim panas pada 16 Januari lalu.

    Bacaan sama juga hampir mencapai suhu tertinggi yang pernah dicatatkan secara rasmi sepanjang Ogos, iaitu 33.1 Celsius masing-masing pada tahun 1952 dan 1955.

    Inmet, yang telah mengukur cuaca sejak tahun 1943, memberi amaran hari ini bahawa suhu berkenaan mungkin mengatasi rekod semasa.

    “Kemudian ia akan menjadi lebih sejuk. Tetapi pada masa hadapan musim sejuk kemungkinan akan menjadi lebih panas,” beritahu Fabio Luiz Teixeira, seorang profesor di Jabatan Sains Atmosfera di Universiti Sao Paulo, kepada AFP. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda