Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil catat penurunan pelepasan gas rumah hijau terbesar

    SAO PAULO, 4 NOV – Brazil mencatatkan penurunan tahunan terbesar dalam pelepasan gas rumah hijau tahun lalu sejak 2009, menurut statistik yang dikeluarkan kelmarin, memberikan suntikan positif kepada Presiden sayap kiri, Luiz Inacio Lula da Silva, ketika dia bersiap untuk menjadi tuan rumah rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Jumlah kasar pelepasan gas di negara terbesar di Amerika Latin itu menurun sebanyak 16.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Observatori Iklim Brazil, rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar.

    Pengurangan pelepasan ini dikaitkan dengan kejayaan kerajaan Lula dalam memerangi penebangan hutan.

    “Data baharu ini menunjukkan kesan kerajaan persekutuan mengambil kembali kawalan terhadap penebangan hutan selepas kekurangan kawalan secara sengaja antara 2019 dan 2022,” menurut kenyataan observatori itu.

    Walaupun berita mengenai penurunan pelepasan gas adalah positif, observatori itu memberi amaran bahawa ekonomi Brazil menimbulkan kebimbangan mengenai komitmen kerajaan terhadap sasaran iklimnya. – AFP

    Luiz Inacio Lula da Silva memerhatikan cara kerja robot yang menuai buah acai semasa lawatan ke Penempatan Agroekstraktif Ilha Grande berhampiran Belem, Negeri Para, Brazil, pada 3 November. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda