Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil catat rekod baharu kes COVID-19

    RIO DE JANEIRO, 29 MEI – Brazil mencatatkan 26,417 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, lonjakan tertinggi dalam tempoh sehari setakat ini.

    Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 438,238, lapor agensi berita Xinhua memetik pihak berkuasa kelmarin.

    Sebanyak 1,156 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kematian seramai 26,754, menurut kementerian kesihatan.

    Brazil telah mencatatkan korban COVID-19 melebihi 1,000 orang selama tiga hari berturut-turut. Sejak wabak itu melanda, 177,604 pesakit sudah sembuh. Sao

    Paulo, negeri paling padat penduduk yang menjadi pusat penularan wabak mencatatkan 6,980 kematian dan 95,865 kes diikuti Rio de Janeiro sebanyak 4,856 kematian dan 44,886 kes. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda