Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil haramkan pembakaran

    PORTO VELHO, 29 OGOS – Presiden Brazil, Jair Bolsonaro telah menandatangani satu dekri bagi mengharamkan pembakaran di seluruh negara itu selama dua bulan, menurut sumber kerajaan yang dipetik daripada media setempat, ketika pihak berkuasa bergelut untuk memadamkan kebakaran di Amazon.

    Kebakaran yang telah menjejaskan sebahagian besar hutan hujan terbesar di dunia itu, yang penting bagi mengekalkan kestabilan iklim global, telah mencetuskan satu perbalahan diplomatik antara Brazil dan Eropah sehingga mengancam satu perjanjian perdagangan utama.

    Dekri itu, yang akan secara rasminya didedahkan hari ini, melarang mana-mana pembakaran dalam tempoh 60 hari seterusnya, kecuali beberapa kes khas bagi amalan perhutanan dan pertanian yang dibenarkan, menurut beberapa laporan media.

    Ia hadir selepas Bolsonaro memperbaharui gesaannya agar pemimpin Perancis, Emmanuel Macron menarik semula ‘penghinaan’ ter-hadap dirinya, menimbulkan kebimbangan sama ada Brazil akan menerima tawaran AS$20 juta G7 bagi membantu menangani kebakaran Amazon.

    Bolsonaro pada mulanya menolak tawaran G7, dengan berkata dia hanya akan me-nerima tawaran itu sekiranya ‘penghinaan’ ke atasnya ditarik balik, sebelum mengubah fikirannya dengan berkata Brazil mungkin akan menerima bantuan asing dengan syarat Brazil mengawal sendiri wang bantuan itu.

    Dia juga menuduh Perancis dan Jerman ‘membeli’ kedaulatan negara Amerika Latin itu dengan bantuan kebakaran Amazon itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda