Brazil lepasi 120,000 kematian COVID-19

RIO DE JANIERO, 30 OGOS – Lebih enam bulan setelah mendaftarkan kes pertama COVID-19, Brazil telah mencatatkan 120,000 kematian akibat COVID-19 semalam.

Negara 212 juta orang penduduk itu kini telah mencatatkan 120,262 kematian akibat virus dan 3,846,153 jangkitan, kata kementerian kesihatan dalam kemas kini hariannya.

Brazil adalah negara kedua yang melepasi angka kematian 120,000 orang akibat wabak tersebut, setelah Amerika Syarikat, di mana jumlah yang terbunuh sekarang lebih dari 182,000 orang. – AFP