Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Brazil melepasi rekod 5 juta kes denggi

    RIO DE JANEIRO, 22 MEI – Brazil telah melepasi rekod 5 juta kes denggi setakat tahun ini, dengan hampir 3,000 kematian disahkan akibat penyakit itu, kata Kementerian Kesihatan Brazil, kelmarin.

    Menurut data terkini, 5,145,295 kes berkemungkinan denggi telah didaftarkan di negara ini, menyebabkan 2,899 kematian disahkan.

    Tahun ini, Brazil mengalami wabak denggi terbesar dalam sejarahnya, dan wabak itu merebak ke beberapa negara jiran.

    Menurut kementerian itu, lonjakan kes tahun ini adalah berkaitan faktor seperti perubahan iklim dan peredaran pelbagai serotype virus denggi. – Xinhua

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...