Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil pertahan kejuaraan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA

    ANTANANARIVO, 12 MEI – Brazil memenangi kejuaraan Piala Dunia Bola Sepak Pantai FIFA buat kali ketujuh kelmarin setelah menewaskan Belarus 4-3 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan pada edisi 2025 kejohanan itu, lapor Xinhua.

    Juara bertahan itu menguasai permainan di Victoria, Seychelles sejak dari awal apabila mendahului 3-1 pada babak kedua hasil gabungan kemahiran teknikal dan ketajaman serangan.

    Belarus, yang buat kali pertama mara ke pentas akhir Piala Dunia, bangkit dengan semangat juang tinggi apabila penyerang Ihar Bryshtsel menjaringkan dua gol pada pertengahan babak terakhir untuk menyamakan kedudukan 3-3.

    Namun, ketika perlawanan berbaki 101 saat, pemain Brazil, Rodrigo memastikan kemenangan pasukannya menerusi jaringan kedua peribadi untuk memecah kebuntuan dan mengesahkan kejuaraan.

    Terdahulu, Portugal meraih tempat ketiga selepas menewaskan Senegal 3-2 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

    Kejohanan 2025 itu menandakan kali pertama Seychelles menjadi tuan rumah Piala Dunia Bola Sepak Pantai. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda