Friday, February 21, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil putuskan sertai OPEC+

    BRASILIA, 19 FEB – Brazil kelmarin mengumumkan keputusannya untuk menyertai OPEC+, blok yang menghimpunkan negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) serta negara pemerhati, lapor Xinhua.  

    Menteri Perlombongan dan Tenaga Brazil, Alexandre Silveira ketika mengumumkan keputusan itu berkata, tiada percanggahan dalam menyertai OPEC+ dan meneruskan komitmen alam sekitar yang dibuat oleh Brazil, yang bakal menjadi tuan rumah Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-30 (COP30) pada November.  

    “Ia adalah detik bersejarah bagi Brazil dan industri tenaga, yang membuka lembaran baharu dalam sejarah dialog serta kerjasama dalam bidang tenaga.

    Ia hanyalah forum bagi membincangkan strategi negara pengeluar minyak. Kita tidak seharusnya berasa malu menjadi pengeluar minyak,” kata Silveira selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Dasar Tenaga Negara.  

    Brazil juga akan menyertai Piagam Kerjasama OPEC, yang disifatkan blok itu sebagai rangka kerja untuk, “memudahkan kerjasama dan dialog, termasuk pada peringkat teknikal serta penyelidikan, dalam kalangan pesertanya demi kepentingan kestabilan pasaran minyak.”  

    Kerajaan Brazil turut mengumumkan keputusannya untuk menyertai Agensi Tenaga Antarabangsa dan Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa.  – Bernama/Xinhua

    Sekitar pemandangan di bandar Rio de Janiero, Brazil. Brazil sertai OPEC+. – Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda