Friday, November 15, 2024
33.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil siasat letupan sebagai ancaman keganasan

    MEXICO CITY, 15 NOV – Polis Persekutuan Brazil kelmarin mendedahkan bahawa dua letupan di luar bangunan kerajaan di Brasilia disiasat sebagai sebahagian daripada rancangan keganasan oleh kumpulan pelampau berhaluan kanan.

    Agensi Anadolu melaporkan bahawa seorang lelaki bertindak meletupkan dua bom dalam percubaan serangan yang gagal.

    Lelaki itu, Francisco Wanderley Luiz, seorang ahli parti Partido Liberal (PL) berhaluan kanan pimpinan bekas Presiden Jair Bolsonaro memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan ke arah Mahkamah Agung.

    Fius dalam kereta terbakar, menyebabkan letupan awal tetapi gagal memicu bom yang lebih besar.

    Dia kemudian keluar dari kenderaan dengan membawa bahan letupan dan peledak, lalu berlari ke arah pintu masuk mahkamah dalam cubaan memecah masuk bangunan.

    Beberapa saat kemudian, satu lagi letupan berlaku, menyebabkan kematiannya.

    Pihak berkuasa mendapati bahawa Luiz tidak bertindak bersendirian dan mungkin dibantu oleh kumpulan pelampau.

    “Kami difahamkan bahawa kejadian semalam bukanlah peristiwa terpencil tetapi berkaitan dengan beberapa tindakan lain,” kata Pengarah Polis Persekutuan, Andrei Passos Rodrigues pada sidang media.- Bernama

    Kenderaan polis di luar Mahkamah Agung di Brasília, Brazil, berikutan letupan pada 13 November. Kumpulan pelampau mungkin terlibat. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda