Brazil struktur ekonomi, Jepun hulur pakej rangsangan

BRASILIA/TOKYO, 10 MAC – Brazil memperkenalkan pembaharuan struktur untuk mendepani cabaran ekonomi susulan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, kata Menteri Ekonomi Brazil Paulo Guedes kelmarin, lapor agensi berita Xinhua.

“Ia merupakan antara kaedah terbaik untuk berurusan dengan pasaran antarabangsa yang sedikit terganggu akibat wabak COVID-19,” katanya. “Pasukan ekonomi berpengalaman dan tenang berdepan situasi itu. Kami telah melalui beberapa kali,  kami sudah biasa dengannya, kami tahu bagaimana untuk menanganinya.”

Ekonomi negara Amerika Latin itu mencatatkan peningkatan walaupun ekonomi global semakin lemah, katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe turut mengumumkan pakej rangsangan ekonomi kedua bagi menangani masalah ekonomi akibat koronavirus itu, termasuk AS$15 bilion dalam program pinjaman untuk menyokong perniagaan kecil.

Pakej rangsangan diperkenalkan ketika kerajaan mempertingkatkan responsnya terhadap virus yang menjangkiti lebih 500 orang di seluruh negara dan dikaitkan dengan sembilan kematian. – Bernama/AFP