Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil tarik balik larangan ke atas X

    RIO DE JANEIRO, 9 OKT – Mahkamah Agung Brazil kelmarin membenarkan platform media sosial X untuk menyambung semula operasi di negara itu selepas diharamkan selama lebih sebulan kerana tidak mematuhi keputusan mahkamah.

    Hakim Alexandre de Moraes menarik balik larangan tersebut selepas X membayar denda kira-kira AS$5.17 juta kepada kerajaan Brazil, lapor media tempatan.

    “Dengan ini saya mengisytiharkan penggantungan ditarik balik dan membenarkan penyambungan semula serta-merta aktiviti X Brasil Internet Ltd dalam wilayah negara. Saya juga memerintahkan Agensi Telekomunikasi Kebangsaan untuk melaksanakan keputusan ini dan melaporkan semula kepada Mahkamah Agung dalam tempoh 24 jam,” kata Moraes.

    X telah diharamkan pada 30 Ogos kerana enggan melantik wakil undang-undang di Brazil dan kerana tidak membayar denda kerana mengabaikan perintah mahkamah. Platform tersebut sejak itu telah melantik wakil undang-undang dan mematuhi perintah mahkamah yang berasingan untuk menyekat akaun individu yang disiasat kerana menghasut rampasan kuasa di Brazil. – Xinhua

    Iklan oleh media Valor menunjukkan foto Elon Musk di pusat beli-belah di Brasilia, Brazil, pada 2 September. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda