RIO DE JANEIRO, 28 Nov – Kerajaan Brazil telah menerima lebih AS$4.8 juta bagi menyambung usaha mereka terhadap perlindungan lapisan ozon, beritahu sumber rasmi, kelmarin.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Alam Sekitar, wang berkenaan telah diluluskan semasa mesyuarat baru-baru ini di Montreal, Kanada, di mana Brazil telah menyatakan hasrat mereka untuk menyingkirkan bahan-bahan berbahaya sebagai sebahagian daripada Protokol Montreal terhadap bahan yang mengurangkan lapisan ozon, yang ditandatangani pada 1987.
Sumber-sumber berkenaan telah diluluskan oleh jawatankuasa eksekutif yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Protokol Montreal.
Meskipun terdapat kebimbangan terhadap alam persekitaran, seperti penebangan hutan di Amazon, Brazil telah diberikan ganjaran atas sumbangannya dalam menepati sasarannya yang ditetapkan oleh protokol. – Xinhua