ISTANBUL, 6 DIS – Brazil menewaskan Korea Selatan 4-1 kelmarin dan dijadual menentang Croatia pada suku akhir Piala Dunia FIFA 2022, lapor agensi Anadolu.
Brazil memecah kebuntuan seawal minit ketujuh di Stadium 974 menerusi jaringan pembukaan Vinicius Jr dan dibantu oleh Raphinha.
Enam minit kemudian, Richarlison dijatuhkan oleh Jung Wooyoung dan pengadil memberi sepakan penalti.
Neymar berjaya menyempurnakan sepakan penalti dengan rembatan kaki kanan.
Pada minit ke-29, rembatan kaki kiri Richarlison dari tengah kotak penalti berjaya menjadikan kedudukan 3-0.
Lucas Paqueta menghasilkan gol keempat pada minit ke-36 Selecao selepas dibantu Vinicius Jr. – Bernama