Thursday, March 20, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil tidak galak guna api pugar tanah

    RIO DE JANEIRO, 27 OGOS – Susulan kebakaran yang masih berlaku di kawasan hutan hujan Amazon, Menteri Pertanian Brazil Tereza Cristina Dias kelmarin berkata kerajaan akan sedaya upaya untuk tidak menggalakkan amalan menggunakan api dalam usaha memugar tanah bagi tujuan perladangan dan penternakan, lapor agensi berita China Xinhua.

    “Kementerian Pertanian sekali lagi akan melakukan kempen berkaitan penggunaan kaedah lain bagi menggantikan api untuk membuka kesemua kawasan ini,” kata Dias kepada pemberita pada satu majlis di Sao Paulo.

    Pemugaran menggunakan api biasanya dilakukan oleh petani untuk mendapatkan plot tanah yang kecil, “namun sepanjang musim kemarau, ia boleh mendatangkan masalah,” katanya.

    Brazil telah mendapat tekanan daripada masyarakat antarabangsa untuk terus menjaga dan memelihara hutan hujan Amazon dengan lebih baik selepas beberapa siri kebakaran yang berlaku pada tahun ini memusnahkan sejumlah kawasan yang luas tahun ini di hutan itu.

    Brazil telah memiliki kira-kira 60 peratus hutan hujan Amazon, yang meliputi kawasan seluas kira-kira 5,500,000 kilometer persegi di Amerika Selatan.

    Sejumlah 71,497 kebakaran hutan hujan dicatat di Brazil dalam tempoh lapan bulan pertama 2019, meningkat dari 39,194 setahun yang lalu, menurut data Institut Penyelidikan Angkasa Negara Brazil. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda