Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil tolak bantuan G7

    BRASILIA, 27 OGOS – Brazil kelmarin menolak bantuan dari negara-negara G7 untuk menangani kebakaran di Amazon, dengan seorang pegawai terkemuka memberitahu Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk menjaga ‘wilayah dan koloninya.’

    Hampir 80,000 kebakaran hutan berlaku di Brazil sejak awal tahun ini, lebih separuh daripadanya berlaku di lembah Amazon yang mengawal sebahagian daripada kitaran dan iklim karbon Bumi. Negara-negara G7 menawarkan bantuan bernilai AS$20 juta untuk menangani kebakaran semasa sidang kemuncak Biarritz yang dihoskan oleh Macron, yang menegaskan bahawa ia sepatutnya menjadi perbincangan utama.

    “Kami menghargai (tawaran itu), tetapi mungkin sumber-sumber ini lebih relevan kepada perhutanan Eropah,” kata ketua kakitangan Onyx Lorenzoni kepada Presiden Jair Bolsonaro, dalam laman web berita G1.

    “Macron tidak dapat menghindari kebakaran di dalam sebuah gereja yang merupakan tapak warisan dunia,” katanya, merujuk kepada kebakaran pada bulan April lalu yang memusnahkan gereja Notre-Dame. “Inikan pula mereka mahu membantu menangani kebakaran di negara kita?”

    Presiden kemudiannya mengesahkan komen itu kepada AFP. Menteri Alam Sekitar Brazil Ricardo Salles sebelum ini memberitahu pemberita bahawa mereka telah menyambut baik bantuan G7 untuk menangani kebakaran yang melanda 950,000 hektar (2.3 juta ekar).

    Tetapi selepas pertemuan antara Bolsonaro dan menteri-menterinya, kerajaan Brazil mengubah keputusannya.

    “Brazil adalah negara yang demokratik, bebas yang tidak pernah mempunyai amalan kolonialis dan imperialis, yang mungkin menjadi tujuan Macron di sebalik bantuan itu,” kata Lorenzoni.

    Walaupun kira-kira 60 peratus dari Amazon berada di Brazil, hutan yang luas juga berada di bahagian-bahagian lapan negara atau wilayah lain, termasuk wilayah Perancis di luar negeri Guiana di pantai timur laut benua itu.

    Beratus-ratus kebakaran baharu telah meletus di bahagian hutan Brazil, data menunjukkan kelmarin, walaupun pesawat tentera bergelut untuk menangani kebakaran itu. – AFP

    Gambar fail pada 26 Ogos menunjukkan kawasan hutan hujan Amazon yang terbakar, berhampiran Porto Velho, Rondonia, Brazil. Brazil kelmarin menolak bantuan dari negara-negara G7 untuk menangani kebakaran di Amazon. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda