Monday, January 6, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil tubuh jawatankuasa untuk persiapan Sidang Kemuncak BRICS pada Julai

    RIO DE JANEIRO, 3 JAN – Dewan Bandaraya Rio de Janeiro menubuhkan jawatankuasa untuk menyelaras semua aktiviti dan projek berkaitan dengan kepengerusian Brazil dalam kumpulan BRICS tahun ini, termasuk Sidang Kemuncak BRICS pada Julai, lapor Xinhua memetik laporan agensi Brazil.

    Menurut Warta Rasmi Rio de Janeiro, Jawatankuasa BRICS Rio yang baru ditubuhkan akan menyediakan sokongan institusi dan kewangan untuk projek dan acara yang dianjurkan oleh entiti awam, organisasi antarabangsa dan persatuan sivil tidak berasaskan keuntungan yang mungkin dimasukkan dalam Kalendar BRICS Rio.

    Lebih 100 mesyuarat rasmi dijadualkan antara Februari dan Julai, namun semuanya akan diadakan di Brasilia.

    Setakat ini, hanya sidang kemuncak disahkan akan berlangsung di Rio de Janeiro.

    Dokumen itu memaklumkan bahawa Sidang Kemuncak BRICS akan menjadikan Rio sebagai hab acara antarabangsa strategik Brazil, memperkukuh peranan bandar itu dalam memajukan diplomasi dan hubungan antarabangsa. – Bernama

    Gambar bendera (dari kiri) Afrika Selatan, Brazil, Rusia, India dan China semasa Sidang Kemuncak BRICS 2023 di Pusat Konvensyen Sandton di Johannesburg pada 24 Ogos 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda