BRASILIA, 16 OKT – Brazil meredakan kebimbangan mengenai peluang kelayakan mereka setelah menang selesa 4-0 ke atas Peru.
Dua penalti yang disempurnakan oleh pemain sayap Barcelona, Raphinha meletakkan pasukan dengan rekod pemenang Piala Dunia lima kali itu dalam perjalanan memburu piala dengan yang pertama datang pada minit ke-38 apabila Carlos Zambrano dijatuhkan dan yang kedua pada minit ke-54 selepas Savinho dijatuhkan dengan pemain pertahanan yang sama.
Tetapi lebih banyak persembahan boleh dinikmati apabila gol ketiga pada minit ke-71, dengan Andreas Pereira menghasilkan bola voli tendangan gunting yang hebat daripada hantaran silang Luiz Henrique dari kanan.
Luiz Henrique menyempurnakan kemenangan Brazil dengan gaya hebat rembatan kaki kiri yang cemerlang dari luar kotak penalti untuk menjadikan kedudukan 4-0 dan meletakkan Brazil di tempat keempat. – AFP