Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil umum jadual sidang kemuncak dalam talian BRICS

    RIO DE JANEIRO, 8 SEPT – Perkhidmatan media pemimpin Brazil kelmarin mengumumkan jadual sidang kemuncak tergempar BRICS yang akan berlangsung hari ini, lapor agensi berita Rusia (TASS).
     
    Mesyuarat itu akan diadakan pada 9 pagi waktu tempatan melalui pautan video. Seterusnya, Menteri Kewangan Brazil, Fernando Haddad dijadual bertemu Presiden Luiz Inacio Lula da Silva kelmarin.
     
    Laporan sebelum ini menyebut Brazil memutuskan untuk mengadakan sidang kemuncak BRICS secara maya bagi membincangkan ancaman terhadap dunia multipolar dan respons kumpulan itu terhadap tarif serta sekatan Amerika Syarikat.
     
    Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu TASS dalam satu temu bual di luar Forum Ekonomi Timur (EEF) bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin akan turut serta. – Bernama
     
    Gambar bertarikh 7 Julai 2025 menunjukkan suasana sesi pleno sidang kemuncak BRICS di Rio de Janeiro, Brazil. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda