Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Brazil undi pilihan raya Bolsonaro-Lula

    RIO DE JANEIRO, 3 OKT – Rakyat Brazil mengundi pada Ahad dalam pilihan raya presiden yang menimbulkan polarisasi, dengan calon yang disebut-sebut akan menang Luiz Inacio Lula da Silva berharap untuk menang pada pusingan pertama dan Jair Bolsonaro berkata beliau akan menerima keputusan jika pilihan raya itu ‘bersih’.

    Presiden agresif, yang menyusuli Lula dalam tinjauan pendapat, telah berulang kali mendakwa penipuan dalam sistem pengundian elektronik gergasi Amerika Latin tersebut, menimbulkan kebimbangan dia mungkin enggan mengiktiraf keputusan jika dia kalah.

    Semasa dia mengundi di Rio de Janeiro, dengan memakai jersi kuning-hijau pasukan bola sepak kebangsaan Brazil, bekas kapten tentera berusia 67 tahun itu tidak langsung menjawab wartawan sama ada dia akan menerima kekalahan, hanya berkata: “Pilihan raya bersih perlu dihormati.”

    Lula, bekas presiden yang popular tetapi terjejas imej yang bersaing untuk mencatat kemunculan semula pada usia 76 tahun, berikrar bagi pihaknya untuk mengembalikan negara kepada keadaan normal selepas empat tahun berpecah- belah di bawah Bolsonaro.

    “Kami tidak mahu lebih banyak kebencian dan perselisihan,” kata Lula (2003-2010) selepas membuang undi di kampungnya di negeri tenggara Sao Paulo, sambil mencium slip kertas yang diberikan kepada pengundi.

    Lula membuang undi pada Ahad mendahului Bolsonaro dengan 50 peratus undian sah berbanding 36 peratus, menurut tinjauan akhir dari institut Datafolha.

    Ini memperkukuh kedudukan pesaing veteran itu untuk menang terus dan mengelak pusingan seterusnya pada 30 Oktober. – AFP

    Gambar fail menunjukkan penyokong wanita penyandang jawatan Presiden Brazil Jair Bolsonaro, memakai baju dengan rupa presiden, menunggu keputusan selepas pilihan raya umum ditutup di Brasilia, Brazil, pada 2 Oktober 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...