Tuesday, July 15, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brazil: Wabak selesema burung berjaya dikawal

    BRASILIA, 5 JUN – Brazil semalam mengumumkan bahawa wabak selesema burung yang memaksa negara itu menggantung eksport daging ayam ke China dan lebih 20 negara bulan lalu kini telah berjaya dikawal.

    Negara pengeksport utama daging ayam dunia itu menghentikan eksport ke pasaran utama seperti China, Kesatuan Eropah dan beberapa negara Amerika Latin berikutan penularan wabak selesema burung patogenik tinggi (HPAI) di sebuah ladang di negeri Rio Grande do Sul.

    Menteri Pertanian, Carlos Favaro berkata ladang tersebut telah dibersihkan dan dikuarantin selama 28 hari seperti yang dikehendaki.

    Brazil hanya boleh diisytiharkan bebas selesema burung selepas tempoh itu tamat, namun kini separuh jalan, “tiada haiwan mati,” katanya kepada media di Brasilia. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda