Thursday, March 27, 2025
24.9 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Brennan raih kemenangan Peringkat Pertama Tour of Catalonia

BARCELONA, 25 MAC – Matthew Brennan memecut pantas untuk meraih kemenangan dalam peringkat pertama Jelajah Catalonia kelmarin semasa hujan lebat, mengalahkan Tibor del Grosso ketika edisi ke-104 perlumbaan bermula.

Pelumba British dari Visma, Brennan, 19, menewaskan pelumba Belanda itu dalam penamat yang luar biasa pada peringkat pertama, yang berjarak 178.3 kilometer, bermula dan berakhir di Sant Feliu de Guixols.

Brennan, yang meraikan kemenangan profesional pertamanya minggu lalu di GP de Denain dengan penamat pecutan lain, menamatkan peringkat tersebut dalam masa lebih empat jam 25 minit dalam keadaan cuaca buruk.

Pelumba pecut Kaden Groves mengambil tempat kedua, mengatasi rakan sepasukan Alpecin-Deceuninck, Del Grosso, yang kelihatan hampir untuk meraih kemenangan peringkat selepas percubaan untuk melarikan diri.

Dengan pemenang tahun lepas Tadej Pogacar dan Jonas Vingegaard tidak berlumba di Catalonia, juara 2023 Primoz Roglic dan pemenang Tirreno-Adriatico Juan Ayuso adalah pilihan utama untuk meraih kemenangan dalam klasifikasi umum.

Peringkat kedua pada Selasa membawa pelumba sejauh 177.3 kilometer dari Banyoles ke Figueres. – AFP

James Matthew Brennan meraikan kemenangannya melintasi garisan penamat peringkat pertama Tour Volta a Catalunya, pada 24 Mac 2025. – AFP
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda