Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brexit: 10,000 bakal hilang pekerjaan

    LONDON, Britain, 1 Nov – Kira-kira 10,000 pekerja dijangka hilang pekerjaan dalam industri kewangan British pada hari pertama Brexit, menurut laporan Bank England.

    Timbalan Penguasa Bank Pusat, Sam Woods, semasa berucap di parlimen, berkata, 10,000 pekerja dijangka hilang pekerjaan pada hari pertama, bersamaan dengan dua peratus daripada tenaga kerja dalam perbankan dan insurans atau tiga peratus di London.

    Beliau menambah, kajian yang pernah dijalankan oleh firma konsultan Oliver Wyman menunjukkan kemungkinan 65,000 ke 75,000 pekerjaan akan hilang dalam khidmat kewangan Britain. Jumlah sebenar adalah berdasarkan hak firma untuk beroperasi di seluruh Kesatuan Eropah (EU) dan persetujuan oleh Britain dalam perjanjian peralihan secara rasmi pada Mac 2019. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda