Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brexit berpotensi untungkan minyak sawit Malaysia

    KUALA LUMPUR, 30 Mac – Eksport makanan Malaysia khususnya minyak sawit, dijangka meraih peluang perdagangan akibat perubahan yang berlaku susulan Brexit atau tindakan United Kingdom (UK) keluar daripada Kesatuan Eropah (EU).

    Pengarah Urusan Glenreagh Sdn Bhd, Nordin Abdullah berkata ini sekali gus akan meningkatkan peluang syarikat-syarikat Malaysia yang memiliki kapasiti untuk beroperasi dalam persekitaran peraturan dan persaingan sengit.

    “Bukan rahsia lagi ada beberapa negara di EU yang kurang memberi sambutan kepada usaha import minyak sawit atas alasan (dasar) perlindungan.

    “Berikutan itu Malaysia kini boleh meneliti semula cara untuk menangani isu itu kerana peraturan serta sikap boleh berubah selepas UK keluar daripada EU,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Menurut Nordin, bagi jangka pendek, kedua-dua ekonomi UK dan EU akan saling bersaing untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan pihak luar.

    “Apa yang kita lihat sekarang adalah permulaan rundingan yang dijangka memakan masa selama dua tahun sebelum perjanjian akhir itu dapat dimuktamadkan.

    “Malah, agak tidak produktif untuk memberi sebarang reaksi pantas terhadap setiap laporan kerana (hakikatnya) perjalanan ini masih jauh,” katanya. Pada Februari lepas, eksport minyak sawit Malaysia ke EU dan UK masing-masing sebanyak 153,165 tan dan 1,759 tan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda