Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    BRICS semakin kukuh dan penting

    BRASILIA, 30 OGOS – BRICS kini menjadi ‘lebih berkuasa, lebih kukuh dan lebih penting’ sejak semakin banyak negara bakal menyertai blok ekonomi yang sedang pesat membangun itu, kata Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva kelmarin.

    “Saya fikir dunia tidak lagi sama selepas perluasan BRICS, sekurang-kurangnya dalam perbincangan ekonomi.

    “Blok itu boleh melancarkan mata wang biasa untuk memudahkan perdagangan antara ahli kerana kita tidak perlu meneruskan dagangan dengan dolar.

    “Kita boleh berunding dengan mata wang kita tanpa masalah. Kita perlu melakukannya dan meluluskan untuk menteri kewangan membincangkan sepanjang tahun bagi melihat sama ada, apabila tiba sidang kemuncak seterusnya, kita boleh mewujudkan mata wang rujukan untuk eksport,” kata Lula lapor Xinhua.

    Beliau berkata inisiatif itu bukan bertujuan untuk menolak dolar, sebaliknya berfungsi untuk meningkatkan ekonomi Brazil.

    “Ia memberi manfaat kepada Brazil dan perdagangan Brazil,” katanya.

    Pada sidang kemuncak di Johannesburg di Afrika Selatan, kumpulan BRICS yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan mengumumkan permulaan proses untuk menambah keahlian yang bakal menyaksikan beberapa negara menyertai blok itu pada Januari 2024, termasuk Argentina, Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Etiopia dan Iran. – Bernama

    Luiz Inacio Lula da Silva semasa sidang akhbar selepas Sidang Kemuncak BRICS 2023 berakhir di Hotel Leonardo di Sandton, Johannesburg pada 24 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda