Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brigedier jeneral Myanmar dibunuh penembak hendap dalam helikopter

    YANGON, 29 JAN – Empat anggota perkhidmatan keselamatan Myanmar termasuk seorang brigedier jeneral ditembak mati oleh penembak hendap hari ini ketika helikopter mereka bersedia untuk mendarat, kata sumber tentera kepada AFP.

    Brigedier Jeneral Aye Min Naung, pegawai keselamatan peribadinya dan dua juruterbang ditembak oleh ‘penembak hendap’ ketika helikopter mereka bersedia untuk mendarat di timur bandar Thingannyinaung berhampiran Myawaddy di sempadan Thailand, kata sumber keselamatan itu.

    Brigedier jeneral itu kemudian meninggal dunia, kata sumber itu, meminta namanya tidak disiarkan kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan media.

    Bagaimanapun, dua anggota tentera lain di helikopter itu ‘selamat,’ tambah mereka, tanpa memberikan butiran.

    Sumber itu tidak menyatakan berapa ramai penembak hendap yang menembak helikopter itu atau menyalahkan penembakan tersebut.

    Junta kerap bertempur di sekitar Myawaddy dengan pejuang etnik minoriti dan kumpulan ‘Pasukan Pertahanan Rakyat’ bersekutu dalam beberapa bulan kebelakangan ini. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda