Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brighton bangkit singkir Chelsea

    LONDON, 9 FEB – Pemain Brighton, Kaoru Mitoma menamatkan saingan Chelsea dari Piala FA selepas bintang Jepun itu mengesahkan kemenangan 2-1 pada pusingan keempat, semalam.

    Chelsea belum pernah menjulang trofi domestik sejak menjuarai Piala FA pada 2018 dan penantian mereka akan berterusan untuk semusim lagi apabila mereka mensia-siakan kelebihan di Stadium Amex.

    Pasukan Enzo Maresca mendahului pada minit kelima apabila penjaga gol Brighton, Bart Verbruggen, tertampan hantaran lintang Cole Palmer ke dalam gawang sendiri.

    Ia adalah kesilapan besar tetapi Chelsea gagal memanfaatkan kelebihan tersebut.

    Brighton yang dibelasah 7-0 oleh Nottingham Forest dalam Liga Perdana minggu lalu, bangkit dengan cara yang mengagumkan selepas kekalahan kedua terburuk mereka dalam sejarah 123 tahun kelab itu.

    Kaoru Mitoma menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan pusingan keempat Piala FA England antara Brighton & Hove Albion dan Chelsea di Stadium American Express, Brighton, England, pada 8 Februari. – AP

    Mereka menyamakan kedudukan pada minit ke-12 apabila hantaran Joel Veltman menemui Georginio Rutter, yang mencari ruang di antara pertahanan Chelsea, Trevoh Chalobah dan Tosin Adarabioyo, untuk menanduk bola ke sudut jauh.

    Brighton melengkapkan kebangkitan mereka pada minit ke-57 apabila Mitoma meloloskan bola dengan penyudahan bijak melepasi penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez, walaupun pelawat mendakwa bola terkena tangan.

    “Saya rasa bola terkena tangan cukup jelas. Tanpa VAR, ia memang sukar,” kata Maresca.

    “Separuh masa kedua, satu-satunya percubaan mereka adalah jaringan itu. Kami mempunyai beberapa peluang selepas 2-1. Tetapi awda harus menerima akibat keputusan ini,” kata Maresca. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda