Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brighton, Southampton kongsi mata

    LONDON, 30 Okt – Brighton bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meraih keputusan 1-1 dengan Southampton dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

    Keputusan seri itu meletakkan kedua-dua pasukan berada di posisi selamat di pertengahan carta liga.

    Southampton mendahului permainan pada minit ketujuh menerusi Steven Davis selepas memanfaatkan lantunan sepakan percuma dilakukan James Ward-Prowse terkena palang.

    Steven Davis (kanan) meraikan gol pertama pasukannya dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stadium AMEX, Brighton, England pada 29 Oktober 2017. – AP

    Namun Saints tidak mampu mencari rentak permulaan yang meyakinkan dan peluang mereka hanya hadir di beberapa ketika pada baki babak pertama permainan.

    Brighton yang baharu diangkat ke Liga Perdana menyamakan kedudukan selepas rehat menerusi tandukan Glenn Murray, menewaskan penjaga gol Fraser Forster yang gagal menampan bola dengan baik.

    Pada baki permainan, pengurus kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran dan strategi dalam usaha mencari kemenangan namun masing-masing terpaksa akur dengan keputusan seri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda