Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bristol kejutkan Watford

    LONDON, 23 Ogos – Watford dipalit penyingkiran memalukan dalam kempen Piala Liga Inggeris selepas tewas kepada kelab Liga Kejuaraan Bristol City 2-3 pada pusingan kedua, awal pagi tadi.

    Skuad dibimbing Marco Silva itu menjadi satu-satunya daripada tujuh kelab di Liga Perdana (PL) Inggeris yang tersisih awal dan lebih memalukan di laman sendiri, Vicarage Road.

    Jaringan Bristol dijaringkan Freddie Hinds, Bobby Reid dan Niclas Eliasson untuk meletakkan pelawat ke pusingan ketiga dengan Watford menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas Jose Holebas diarah keluar padang pada minit ke-88.

    Bournemouth, Brighton & Hove Albion, Leicester City, Swansea City, West Bromwich Albion dan Crystal Palace masing-masing mencatat kemenangan berdepan kelab divisyen lebih rendah.

    Pembantu pengurus Bristol, Dean Holden berkata: “Kami mengharungi pertandingan ini dan mencabar pemain yang berada dalam skuad untuk mengambil peluang itu dan mereka melakukannya.”

    Pemain Watford, Richarlison (kiri) dan pemain Bristol City, Zak Vyner bersaing untuk menguasai bola dalam aksi pusingan kedua Piala Liga di Vicarage Road, Watford, kelmarin. – AP

    Bagi Palace yang tewas dua perlawanan liga kepada Hud-dersfield Town dan Liverpool tanpa menjaringkan sebarang gol, kemenangan 2-1 ke atas Ipswich Town adalah yang pertama buat jurulatih, Frank De Boer.

    “Kamu (peminat) sentiasa menunggu masa itu (gol pertama), jadi saya amat gembira untuk peminat,” kata De Boer. “Ramai pemain menunjukkan yang mereka sudah bersedia, jadi bagi semangat itu, saya amat gembira.”

    West Brom dalam pada itu menewaskan kelab divisyen 4, Accrington Stanley 3-1 dengan Bournemouth bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 2-1 ke atas kelab Liga Kejuaraan, Birmingham City.

    Penyerang pinjaman Chelsea, Tammy Abraham menjaringkan gol pertamanya untuk Swansea ketika menang 4-1 ke atas kelab divisyen tiga, Milton Keynes Dons dengan Leicester City meraih kemenangan besar 4-1 ke atas kelab Liga Kejuaraan, Sheffield United. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda