Britain berkurung, WHO beri amaran pandemik meningkat

LONDON, 24 MAC – Penduduk Britain kini berada di bawah perintah berkurung sejak kelmarin, menyertai kira-kira 1.7 bilion juta orang di seluruh dunia untuk berada di dalam rumah bagi membendung penularan koronavirus yang semakin meningkat.

Di seluruh Eropah, Asia, Amerika Utara, Timur Tengah dan sebahagian dari Afrika, pihak-pihak kerajaan telah memberitahu penduduk mereka untuk terus berada di rumah dengan mereka bergelut menangani wabak yang telah meragut ribuan nyawa – dan tiada tanda-tanda ia semakin reda.

Bagaimanapun, terdapat sedikit kelegaan apabila wilayah tengah China, Hubei, di mana kematian pertama koronavirus mula dikesan tahun lalu, telah mengangkat sekatan perjalanan selepas dua bulan di bawah perintah berkurung.

Penutupan global semakin berterusan dengan beberapa insiden yang menakutkan, tentera Sepanyol diarahkan untuk melawan wabak dilaporkan menjumpai orang-orang tua telah diabaikan – dan ada yang dibiarkan mati – di rumah orang-orang tua.

Impak kewangan ke atas ekonomi terus terhenti dan menyebabkan kegelisahan kepada penggubal undang-undang, yang membuka peluang dan memberikan pasaran lebih banyak tunai – usaha terbaharu mereka untuk terus bergerak.

Salah sebuah kedai di UK kelihatan lengang selepas Perdana Menteri Boris Johnson mengarahkan perintah berkurung untuk membendung penularan koronavirus. – AP

Di Amerika Syarikat, Rizab Kesatuan memaklumkan program bon pembelian tidak pernah terjadi sebelum ini, dalam langkah yang tidak pernah terjadi sejak krisis kewangan global lebih dari sedekad lalu.

Kesatuan yang memotong kadar faedah kepada rekod te-rendah, berkata ia akan melakukan tindakan sewajarnya dan akan mengambil langkah secara langsung untuk membantu firma kecil dan sederhana yang telah terjejas disebabkan oleh perintah berkurung.

Pasaran Asia memberikan sedikit berita gembira, dengan kadar pasaran di Tokyo, Hong Kong dan Seoul melonjak naik dalam musim yang tidak menentu.

Pihak kerajaan Britain juga berdepan dengan pertuduhan tindakan menangani krisis kesihatan dan membenarkan sekolah terus dibuka lebih lama berbanding dengan negara-negara Eropah lainnya.

Perdana Menteri Boris Johnson mengarahkan penutupan selama tiga minggu ke atas kedai-kedai dan perkhidmatan yang tidak penting dan melarang perkumpulan yang melebihi dua orang.

“Kekal di rumah,” Johnson berkata menerusi siaran televisyen, di mana beliau memaklumkan langkah-langkah itu selepas kematian meningkat kepada 335 orang.

Pengumuman tersebut dibuat selepas orang ramai dilihat menikmati hujung minggu di taman-taman dan kawasan perkampungan, menyebabkan gesaan untuk mengambil tindakan tegas.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghenreyesus memberi amaran bahawa pandemik global jelas sekali meningkat.

Angka kematian meningkat kepada 16,500 orang, dan lebih 378,000 orang telah dijangkiti di 174 buah negara. Tedros berkata, ia mengambil masa 67 hari sejak bermulanya penularan di China pada bulan Disember untuk virus tersebut menjangkiti 100,000 orang pertama di dunia. – AFP