Saturday, April 26, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Britain, EU intai hubungan lebih erat

    LONDON, 25 APRIL – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer telah bertemu dengan Presiden Suruhanjaya Eropah (EU), Ursula von der Leyen kelmarin, dengan kedua-dua pihak bersetuju kemajuan telah dicapai dalam rundingan yang sedang berlangsung untuk memperkukuh hubungan dua hala, menurut kenyataan dari Downing Street.

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Downing Street menyatakan kedua-dua pemimpin telah membincangkan pelbagai isu penting, termasuk krisis di Ukraine, keselamatan tenaga, ekonomi global dan kerjasama pertahanan.

    Kedua-dua pemimpin telah mengarahkan pasukan mereka untuk terus bekerja dalam beberapa minggu akan datang bagi menghasilkan ‘pakej yang bercita-cita tinggi’ pada sidang kemuncak UK-EU pertama yang dijadual diadakan pada bulan depan.

    Dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh akhbar The Guardian, perunding EU Britain, Nick Thomas-Symonds berkata perjanjian baharu UK dengan EU akan berpisah daripada ‘perbahasan dan pertikaian masa lampau’.

    Namun, beliau juga menjelaskan negara tidak akan kembali ke pasaran tunggal, kesatuan kastam atau kebebasan pergerakan.

    Menurut Nick Thomas-Symonds, sebarang perjanjian baharu dengan EU, mesti menghormati hasil referendum 2016. – Xinhua

    Keir Starmer dan Ursula von der Leyen, di London, Britain, pada 24 April. –Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda