Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Britain hantar kapal perang ke Teluk

    LONDON, 30 NOV – United Kingdom (UK) mengumumkan hari ini negara itu akan menghantar salah sebuah kapal tentera laut tercanggih ke Teluk untuk mengukuhkan keselamatannya di kawasan itu.

    HMS Diamond, sebuah kapal perang Type 45, akan menjalankan operasi untuk memastikan kebebasan pelayaran, memberi keyakinan kepada kapal dagang, dan memastikan aliran perdagangan yang selamat, kata kementerian pertahanan.

    “Penting bagi UK untuk mengukuhkan kehadiran kita di kawasan ini, untuk menjaga Britain dan kepentingan kita daripada dunia yang lebih tidak stabil dan dipertikaikan,” kata Menteri Pertahanan Grant Shapps.

    Penempatan ini adalah berpunca daripada konflik antara Israel dan Hamas serta penawanan kapal kargo yang berkaitan dengan Israel oleh kumpulan Huthis Yaman yang disokong oleh Iran di Laut Merah pada 19 November lalu.

    Huthis telah melancarkan siri serangan dron dan peluru berpandu menentang Israel sejak pejuang Hamas melintasi sempadan ke Israel pada 7 Oktober, membunuh 1,200 orang, kebanyakannya orang awam dan menculik kira-kira 240 orang.

    Kementerian berkata bahawa kira-kira 50 buah kapal dagang setiap hari melalui Bab-el-Mandeb, menghubungkan Laut Merah ke Teluk Eden, sementara kira-kira 115 buah kapal dagang melalui Selat Hormuz.

    Air di Teluk, katanya, merupakan laluan penting bagi penghantaran kapal dagang, termasuk untuk kapal tangki yang membawa sebahagian besar bekalan gas asli cecair UK. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...