Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Britain mula kempen p’raya

    LONDON, 31 OKT – Perdana Menteri Boris Johnson hari ini menyalahkan pemimpin pembangkang Buruh atas kegagalan beliau dalam kempen Brexit, ketika kedua-dua pemimpin memulakan kempen pilihan raya pada hari Britain dijangka meninggalkan Kesatuan Eropah (EU).

    Johnson menduduki tempat atas dalam tinjauan pendapat sebelum pilihan raya pada 12 Disember tetapi menghadapi risiko menerima reaksi hebat disebabkan kegagalan menunaikan janjinya untuk membawa Britain keluar daripada EU pada 31 Oktober.

    “Hari ini harus menjadi hari janji Brexit ditunaikan dan kami meninggalkan EU akhirnya,” kata pemimpin Konservatif dalam satu kenyataan.

    “Meskipun perjanjian baharu yang saya persetujui dengan EU, Jeremy Corbyn enggan membenarkannya berlaku, mendesak lebih banyak penangguhan dan lebih banyak ketidakpastian untuk keluarga dan perniagaan.”

    Pekempen pro-EU menarik nafas lega bahawa Britain telah diberikan pelanjutan untuk mengelak mimpi ngeri Halloween Brexit, selepas ramalan mengenai kekacauan dan gangguan.

    Johnson telah berjanji beliau rela ‘mati daripada menyerah kalah’ dan menerima satu lagi pelanjutan dalam proses sukar itu, yang bermula pada 2016 selepas referendum awam.

    Namun beliau dipaksa meminta EU untuk menangguh Brexit sehingga 31 Januari selepas ahli parlimen enggan meluluskan syarat-syarat pengeluaran yang telah dicapai oleh beliau dengan Brussels.

    Pemimpin Buruh Corbyn menyalahkan pihak Johnson. “Kegagalan adalah kesalahan beliau sendiri,” tulisnya di Twitter. – AFP

    Pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn berucap semasa melancarkan kempen pilihan raya parti di selatan London pada 31 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda